mcmc
Maklumat Setempat

Pertanian

 

TAMAN KOPI DAN HERBA CHAROK TUALANG

Taman Kopi dan Herba Charuk Tualang merupakan taman mini yang mempamerkan produk tanaman herba hutan seperti kacip fatimah dan tongkat ali serta pelbagai spesis herba yang terdapat dalam kawasan hutan simpan Daerah Sik khususnya Hutan Simpan Bukit Enggang, Hutan Simpan Ternas , Hutan Simpan Ternas, Hutan Simpan Rimba Teloi dan Hutan Simpan Ulu Muda.

Taman Kopi dan Herba ini merupakan projek Jabatan Perhutanan Kedah Selatan dengan kawasan seluas 2 hektar dan ia terletak berhampiran Pejabat Renjer Jeniang/Sik serta mudah dihubungi melalui jalan utama Jeniang – Sik – Gurun. Ia menjadi pusat rujukan kepada ahli penyelidik, pengunjung dan pelancong yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan spesis herba hutan yang terdapat di Daerah Sik.

Daerah Sik merupakan  daerah yang banyak mengeluarkan hasil pertanian. Antaranya adalah pisang, nenas, cabai dan sebagainya. Penduduk Sik juga banyak bergantung hidup dengan menoreh getah.

Beberapa tahun yang lepas mantan Menteri Besar Kedah iaitu yang  YB Ustaz Azizan turun melawat Daerah Sik sempena Majlis Sehari Bersama Menteri Besar. Sektor pertanian dan perikanan di Daerah Sik merupakan tempat yang pertama dikunjungi oleh YB. Di Kg Bendang Temingat, Sik, penduduk kampung menjalankan aktiviti menanam pokok pisang secara berkelompok. Ini hasil bantuan dan khidmat nasihat daripada Pejabat Pertanian dan MADA Daerah Sik.

Dalam pada itu, di Keda Bendang, terdapat kolah ikan hiasan untuk dieksport ke luar negeri. Tetapi aktiviti ini semakin berkurangan berkemungkinan kos pembelian anak benih ikan hiasan semakin meningkat.

Di sebelah selatan Daerah Sik pula, di kawasan Belantik dan Jeneri penduduk di sana menjalankan aktiviti perikanan dengan membela ikan, udang dan juga ikan keli.