mcmc
Maklumat Setempat

Penerbitan

OBJEKTIF

  • Memperkukuhkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap pentingnya mencintai dan menguasai ilmu.
  • mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang di sediakan oleh rangkaian perpustakaan yang terdapat dalam negeri kepada masyarakat setempat.
  • menghasilkan pakej ilmu untuk dimanfaatkan oleh masyarakat dalam usaha memperkukuhkan kandungan tempatan di semua perpustakaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DI SEDIAKAN

1. PERKHIDMATAN PINJAMAN&PEMULANGAN

Koleksi buku-buku yang terdapat di sini merangkumi semua bidang keilmuan dan tajuk perkara sesuai untuk semua peringkat umur. Ruang bacaan disediakan dengan kemudahan tempat duduk bagi menjamin keselesaan pengguna.

2. PERKHIDMATAN RUJUKAN

Memberi kemudahan rujukan yang lengkap meliputi pelbagai bidang perkara serta membantu penguna untuk mengakses bahan.Penguna juga boleh mengakses maklumat daripada penerbitan-penerbitan yang di hasilkan seperti:

  • Artikel Pilihan
  • Keratan Akhbar

3. PERKHIDMATAN MAJALAH DAN AKHBAR

Mempunyai ruang akhbar,majalah dan buletin terkini serta pra-kini untuk bacaan para penguna.Akhbar-akhbar keluaran tempatan berbahasa melayu dan inggeris serta buletin di sediakan.

 

PENDAFTARAN &PINJAMAN

  • Keahlian terbuka kepada semua penduduk di negeri Kedah Darul Aman dan bermastautin di Negeri Kedah.
  • Borang pendaftaran sebagai ahli perpustakaan boleh di perolehi di kaunter perpustakaan dengan percuma.
  • Keahlian juga adalah percuma
  • Tanpa kad keahlian, pinjaman buku tidak boleh dilakukan.
  • Ahli yang meminjam buku adalah bertanggungjawab terhadap buku yang dipinjamkan dari koyak, kotor, rosak, sontengan dan kehilangan.
  • Jika berlaku kehilangan buku, ahli perlu melaporkan kepada kakitangan yang bertugas dikaunter dengan segera. Denda dikenakan mengikut kadar harga buku tersebut seperti yang diperolehi oleh perpustakaan.
  • Tempoh sah keahlian adalh 1 tahun dari tarikh mendaftar dan ahli dikehendaki memperbaharui keahlian sekiranya tamat tempoh tersebut

 

 

PERATURAN AM

  • Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain
  • Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam perpustakaan tanpa mendapat kebenaran pegawai yang bertugas
  • Pengguna hendaklah membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
  • Tidak dibenarkan mengubah susunatur perabut atau peralatan di perpustakaan
  • Tidak dibenarkan membawa masuk beg, fail, buku, majalah, kertas nota, bahan berjilid, payung, topi keledar, pisau, gunting dan benda-benda tajam yang lain dan sebagainya. Para pengguna dikehendaki meninggalkannya ditempat simpanan yang disediakan.
  • Pihak Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan barang-barang tersebut. Sebarang kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab sendiri.
  • Perbuatan tidak senonoh atau sumbang adalah dilarang sama sekali dilakukan di dalam perpustakaanTidak dibenarkan merosak alatan perpustakaan dengan cara menconteng, menggores, mengotorkan atau dengan apa cara sekalipun
  • Mematuhi arahan yang di keluarkan dari masa ke semasa