mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

Terdapat ramai usahawan di dalam Daerah Sik sama ada usahawan bumiputera Melayu dan bukan Melayu. Wujudnya persaingan antara usahawan Melayu dan bukan Melayu tapi ianya adalah secara sihat. 

 

NOOR AINI (USAHAWAN ROTI)

   

Noor Aini Abdullah, 28, seorang bekas lepasan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dari Kampung Sungai Semiar, Jeneri, di sini, yang sanggup meninggalkan jawatan berstatus pengurus untuk menghadapi cabaran lebih besar iaitu membuka kedai roti dan kek. Pemegang Ijazah Bio-Teknologi itu berkata, sebelum ini, dia pernah memegang jawatan pengurus akaun di sebuah koperasi di bandar ini sebelum menyertai sebuah yayasan sebagai pengurus projek tetapi kemudiannya beralih ke bidang perniagaan pada 2007.

Menurut Noor Aini, dia tidak menyesal meninggalkan jawatan berkedudukan tinggi itu kerana selain menyahut seruan kerajaan untuk menambah jumlah usahawan di kalangan bumiputera, bidang perniagaan diceburinya ternyata membuahkan hasil cukup memberangsangkan. Menyewa sebuah kedai kecil di Stesen Bas Sik, Noor Aini menjalankan operasi kedai roti dan kek atas jenama Srikanis yang ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Beliau memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM15,000 termasuk membeli ketuhar, mesin pengadun dan sebagainya dengan mendapat kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan). Beliau belajar membuat roti dan kek daripada rakan-rakan sewaktu di Unimas dan mengikuti kursus di Kolej Komuniti di sini, ditambah dengan kreativiti sendiri untuk mencuba sesuatu resepi.

Dengan dibantu dua pekerja, Noor Aini memberitahu, beliau bukan sekadar menjual produk keluarannya itu di gerai tersebut, malah menjadi pembekal tetap roti daging dan pizza di sekolah-sekolah sekitar daerah Sik, Baling dan Sungai Petani dan Yan.

 

SITI MASHITAH BINTI INTEKA KHUSSAIN ( LUKISAN INAI) 

         

Beliau menjalankan perniagaan lukisan inai untuk semua golongan tidak mengira mengikut kos permintaan yang dimintanya terutanya musim kenduri,cuti sekolah dan majllis yang dianjurkan.

 

PUAN NAJWA (PENGUSAHA BUTIK PENGANTIN & SURPRISE DELIVERY)

Puan Najwa merupakan pengusaha Galeri Najwa. Beliau menjalankan perniagaan butik pengantin dan perhiasan perkahwinan termasuk bunga telur, hantaran dan juga hiasan pelamin. Sudah 5 tahun beliau menjalankan perniagaannya. Beliau mendapat bantuan kewangan dan khidmat nasihat dari MARA, TEKUN dan juga Pejabat Belia Daerah Sik.

   

 

MUHAMMAD FAIZ BIN NORDIN (CHOCOMIX COOKIES)

Beliau merupakan graduan IPTA dan bakal guru Pendidikan Jasmani. Beliau telah menceburi bidang perniagaan ini sejak tahun 2019 walaupun masih lagi bergelar pelajar. Beliau tidak mensia-siakan bakat usahawan yang terpendam di dalam dirinya. Beliau telah mencuba dengan produk Chocomix Cookies di mana ia mendapat permintaan tinggi oleh orang ramai. Kini, beliau mempunya pasukan dropship sendiri di mana ia dapat mempromosikan produk beliau lebih meluas.