Fungsi Pelancongan
Pembangunan industri pelancongan di Daerah Sik dijangka mampu memberikan pulangan ekonomi dan sosial kepada penduduk di sekitarnya. Menyedari hakikat tersebut, beberapa kemudahan infrastruktur telah dibangunkan melalui penyaluran dana pembangunan daripada Kerajaan Negeri. Tasik Beris merupakan tasik buatan antara yang tercantik di Negeri Kedah. Secara keseluruhannya, cadangan pembangunan Tasik Beris oleh Majlis Daerah Sik terbahagi kepada dua iaitu Perancangan Jangka Pendek dan Perancangan Jangka Panjang. Pencapaian pembangunan Tasik Beris oleh Majlis Daerah Sik terbahagi kepada tiga (3) iaitu Pencapain secara objektif, jumlah ketibaan pelancong dan pulangan kewangan. Keberkesanan projek pembangunan pelancongan di Tasik Beris tidak belum mampu mencapai matlamat pembangunan pelancongan di Tasik Beris. Hal ini berasaskan hasil kajian seperti perumusan matlamat / objektif pembangunan Tasik Beris yang belum mengenalpasti dengan menggunakan prinsip SMART (Specific, Measurable, Achievable/Attainable, Realistic, Timely); Jumlah kedatangan pelancong yang tidak menepati sasaran ke tahap optima kerana ketiadaan usaha mempromosi, kekurangan kemudahan infrastruktur dan khidmat sokongan; Belum mampu menarik minat pihak swasta untuk melabur; dan hasil kewangan yang diperolehi di Tasik Beris memberikan pulangan yang tidak sewajarnya kepada pihak Majlis Daerah Sik kerana sewa bangunan yang dikenakan terlalu rendah dibanding kos pembinaan, pembangunan tanpa lesen atau kebenaran merancang dan pencerobohan tanah milik Majlis Daerah Sik. Aspek-aspek seperti cadangan, analisis SWOT serta kesan-kesan projek pembangunan pelancongan di Tasik Beris akan dibincang dan diperjelaskan. Katakunci: Pengurusan, Pentadbiran Kerajaan Tempatan