Sesi pagi hari ini mengajar seorang pelajar menggunakan sofware
http://www.storyboardthat.com/ sempena program di sekolah beliau
Pertandingan Digital Storytelling Animation “Tema Alam Sekitar & Binatang. Good luck dik 🙂
sambungan sesi petang
mempelajari menggunakan sofware dan lekatkan di atas black board
http://www.storyboardthat.com/
akhirnya selesai juga katanya 🙂…

PROGRAM BENGKEL RESUME DAN INFO KERJAYA UNTUK LEPASAN SPM,STPM DAN UNIVERSITI ( BELIA )
PADA HARI KHAMIS 17 MAC 2016
MASA PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
MEMUDAHKAN PESERTA MENGETAHUI CARA MEMBUAT RESUME DAN MENCARI KERJA KOSONG
BENGKEL PENGISIAN DATA SISTEM MAKLUMAT PENDIDIKAN ISLAM (SIMPENI) VERSI 2.0 SIRI 1
PERINGKAT NEGERI KEDAH & BENGKEL DASHBOARD CMS. SERAMAI 15 PESERTA TERLIBAT DALAM PROGRAM INI.
BULAN FEBRUARI 2016
Meeting Kali 1 untuk tahun ini..
Meeting Cluster Sik…
Sesi Pembelajaran https://prezi.com/ dan penciptaan Video terbaik.

Pusat Internet PEKAN SIK MEMENANGI TEMPAT PERTAMA
PERTANDINGAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN
Diwakili oleh adik Muhammad Irfan Zikri dan Mohd Riduan pelajar Maktab Mahmud Sik
WANG TUNAI RM5000
BESERTA 20 PC UNTUK SEKOLAH
SIJIL DAN 3 PIALA…


SESI PHOTOGRAFER
Bulan Disember 2015 , pelajar USM Pulau Pinang mengadakan sesi penggambaran berkaitan tugasan beliau
tentang tajuk Management . Pihak kami berbesar hati ingin kerana peserta tersebut berminat menggunakan
pusat internet kami.
Pusat Internet Pekan Sik menang Pertandingan “Cabaran e-Kreatif Terbuka Pulau Pinang (POeCC) 2009”
Majlis Penyampaian Hadiah bagi POeCC 2009 telah diadakan pada 23 Mei 2009 (Sabtu) yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Dewan Banquet, Bukit Jambul Country Club, Bayan Baru, Pulau Pinang.
POeCC 2009 merupakan pertandingan Laman Web Terbuka kepada semua pusat e-Komuniti dan juga NGO dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis, dan Perak.
PUSAT INTERNET Komuniti Pekan Sik telah memenangi hadiah saguhati.
Program Terbaru Dashboard Komuniti (PEKAN SIK )
Menjadi tuan rumah untuk program terbaru JELAJAH JEJAK DIGITAL KEDAH 2015
#DashboardKomuniti PIM pada 24 dan 25 Oktober 2015.Pelbagai aktiviti diadakan
dan dirasmikan oleh Yb Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.
Tetamu jemputan : SKMM ( MCMC) , TM, MSD , Pusat Internet seluruh kedah, Agensi dan komuniti Pekan Sik.

Untuk maklumat semua, program yang dianjurkan ini adalah bertujuan menyediakan Pusat Internet dengan sumber maklumat terkini kepada komuniti setempat. Antara kandungan yang terdapat didalam Program Community Dashboard ini ialah My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool dan Al-Fitrah. Oleh itu, beberapa badan Kerajaan dan agensi lain dijemput untuk turut serta pada hari tersebut.
Aktiviti Pusat Internet
Peserta Sekolah Menengah Maktab Mahmud , Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir telah
menyertai pertandingan poster peringkat Nasional di Pusat Internet bawah 18 tahun. Tema Pertandingan adalah
berteraskan konsep Adobe Photoshope dan tajuk Pencemaran Udara.Contoh Poster mereka adalah seperti berikut :

